Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Kuang bukanlah satu nama asing di daerah Kemaman, Kampung ini bermula pembukaannya sekitar tahun 1700 lagi apabila seorang bangsawan Pahang iaitu Che Wan Teh membuka kawasan Kampung Bukit Kuang bersama pengikutnya kerana melarikan diri dari huru hara yang berlaku di Pahang pada masa itu. Tapi akibat ancaman lanun pada masa itu, Che Wan Teh membuka kampung yang jauh ke Tanjung Geliga. Kampung Bukit Kuang ditinggalkan kosong sehinggalah tahun 1940an dimana datangnya penghijrah yang merupakan para petani yang ingin tanah baharu bagi pertanian yang dikerjakan secara sara hidup mahupun berupa perniagaan. Dahulunya sebelum 1940an Kampung Bukit Kuang belum lagi mempunyai penduduk, waktu itu hanyalah sekadar menempatkan satu jalan menghubungkan Kemaman dengan daerah-daerah lain.

Asal-usul nama Bukit Kuang dikatakan diambil dari nama seekor burung yang bernama Kuang, menurut pendapat lain, perkataan Kuang diambil sempena pohon mengkuang yang tumbuh meliar dideretan bukit. Golongan pertama yang berhijrah ke Bukit Kuang adalah merupakan golongan petani, pada mulanya mereka tidak menetap di Bukit Kuang, tapi sekadar datang hanya untuk bercucuk tanam, tapi lama-kelamaan mereka membuat penempatan di situ. Selepas dari penghijrahan golongan petani, maka mula timbul minat nelayan untuk membina jeti-jeti hentian pendaratan ikan di Bukit Kuang. Pada tahun 1970an berlaku sekali lagi penghijrahan beramai-beramai dari Kampung Teluk Kuang kerana Kampung itu terpaksa ditutup bagi pembinaan perlabuhan bekalan kemaman. Sehubungan dengan itu, kajian ini dihasilkan bagi mencari faktor pembukaan Kampung Bukit Kuang serta perkembangannya dari beberapa aspek seperti ekonomi.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT - PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 07 - 08 Disember 2018

Program “Penyelenggaraan Komputer” kerjasama di antara Jabatan ICT, FKMPT dan MPKK Bukit Kuang serta Pusat Internet Bukit Kuang. Program ini melibatkan pensyarah dan pelajar daripada jabatan ICT, FKMPT serta komuniti Kg. Bukit Kuang. Selain itu, program ini dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan kemahiran penyelenggaraan komputer dalam situasi yang sebenar di samping membantu komuniti kampung khususnya dan penduduk di sekitar Kemaman amnya. Program ini juga dapat memperkenalkan dan mempromosikan Kolej Universiti TATI (TATIUC) kepada masyarakat luar khususnya sekitar Kemaman, Terengganu....baca selanjutnya

TTT E-REZEKI BERSAMA MDEC

Aktiviti Terkini | 03 - 04 Disember 2018

Kursus ini merupakan Latihan Asas kepada Pengurus Pusat Internet sebagai fasilitator e-Rezeki bagi menjadi trainer e-Rezeki dan sekaligus menjadi wakil e-Rezeki di Pusat Internet masing-masing.baca selanjutnya

KURSUS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kluster Daerah Kemaman berdasarkan permintaan yang tinggi dalam kalangan komuniti di Kampung Bukit Kuang berdasarkan hasil kaji selidik yang telah dijalankan bersama ketua wanita. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan roti dan pastri kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita di sini yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga. Ia juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada golongan wanita....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA (SUKAN RAKYAT)

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2018

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk kampung tidak mengira kaum dan peringkat umur....baca selanjutnya

ONLINE WORD SEARCH PUZZLE GAMES

Aktiviti Terkini | 28 September 2018

Program ini menekankan konsep “Learn Through Play” merupakan satu permainan teka-teki yang terdiri daripada huruf-huruf yang disusun dalam grid, yang mengandungi beberapa perkataan tersembunyi dan ditulis dalam arah tertentu. Permainan ini sangat popular dan digemari dikalangan kanak-kanak....baca selanjutnya

PROGRAM MENGECAT BENDERA MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-61

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2018

Program mengecat bendera Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan Malaysa ke-61 diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan semangat kemerdekaan dalam kalangan peserta disamping menitikberatkan semangat kerjasama yang padu antara ahli-ahli kumpulan. Program ini juga adalah sebagai pengisian program semasa cuti sekolah kepada pelajar untuk mengisi masa cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah.....baca selanjutnya

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG 2018 “SAYANGI MALAYSIAKU”

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang “Sayangi Malaysiaku” anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman. Sebagaimana yang kita semua maklum, bulan lapan sinonim dengan bulan kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman telah mengadakan kempen kibarkan jalur gemilang bersama komuniti di Kampung Pasir Gajah. Kempen sambutan Hari Kemerdekaan cukup penting kerana bagi memperingati keringat para pejuang kemerdekaan terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada cengkaman penjajah. Aktiviti utama program ini adalah mewarna bendera sepanjang lima meter dan logo ‘Sayangi Malaysiaku” dan bendera ini telah digantung & dikibarkan di Kampung Pasir Gajah....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT BANDAR CHENEH BHARU, KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas Pusat Internet bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di Pusat Internet atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA PUSAT INTERNET DAERAH KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018

Tujuan program sambutan Hari Raya ini di adakan adalah bagi merapatkan silaturrahim diantara staff pi1m dengan penduduk sekitar disamping itu, dapat memperkenalkan lagi kemudahan yang disediakan di pi1m kepada mereka....baca selanjutnya

SELFIE RAYA CONTEST

Aktiviti Terkini | 14 - 20 Jun 2018

Pertandingan diadakan pada 14 – 20 Jun 2018 selama 1 minggu sempena menyambut bulan Syawal 1439H tahun 2018. Peserta yang berminat dikehendaki menghantar gambar selfie raya kreatif masing-masing ke no pusat internet untuk diadili. Hanya 3 pemenang bertuah yang akan dipilih untuk menerima hadiah daripada Pusat Internet Bukit Kuang....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M BUKIT KUANG

Aktiviti Terkini | 01 Mei 2018

Program Hari Terbuka PI1M Bukit Kuang bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta untuk pertandingan indoor dan outdoor games, pendfataran cabutan bertuah, pendaftran ahli PI1M percuma terhad kepada 100 orang pertama serta teka jumlah sumi....baca selanjutnya

HARI TERBUKA KEMAMAN COMMAND CENTER (KCC)

Aktiviti Terkini | 24 April 2018

Tujuan Hari Terbuka Kemaman Command Center adalah untuk merapatkan hubungan antara staf PI1M dengan guru dan kanak-kanak istimewa daerah Kemaman melalui pelbagai pengisian program yang bermanfaat dan sesuai untuk golongan istimewa selain memperkenalkan lagi PI1M di daerah Kemaman ini....baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Program sempena cuti sekolah telah diadakan pada hari Sabtu bertarikh 24.03.2018 bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang Kemaman anjuran bersama Perpustakaan Desa Bukit Kuang. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang program berlangsung antaranya adalah Klik Dengan Bijak, indoor game seperti puzzle online, math online, word search dan outdoor game seperti Dam Gergasi serta Clownball. Peserta program terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & DASHBOARD KOMUNITI BERSAMA IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 08 Februari 2018

Program Advokasi & Dashboard Komuniti telah diadakan di Dewan Sri Suria, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik yang dianjurkan oleh Kluster Kemaman...baca selanjutnya

MISI BANTUAN BANJIR SERTA PENYERAHAN BANTUAN BANJIR 2018

Aktiviti Terkini | 07 - 31 Januari 2018

Program ini dijalankan bagi membantu mangsa banjir dan memperkenalkan perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti