PROGRAM MENGECAT BENDERA MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-61

Aktiviti terkini | 18 Ogos 2018

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Kg. Bukit Kuang

Tujuan :
• Program mengecat bendera Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan Malaysa ke-61 diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan semangat kemerdekaan dalam kalangan peserta disamping menitikberatkan semangat kerjasama yang padu antara ahli-ahli kumpulan. Program ini juga adalah sebagai pengisian program semasa cuti sekolah kepada pelajar untuk mengisi masa cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Kelebihan Aktiviti :
• Menyemarakkan lagi rasa cinta kepada Negara Malaysia.
• Mengetahui warna- warna bendera melaysia dengan mengecat bendera.
• Sebagai salah satu aktiviti cuti sekolah yang berfaedah kepada peserta program.
• Memupuk semangat berkumpulan iaitu bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu kerja bersama-sama.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta program dengan staf Pusat Internet Bukit Kuang dan staf Perpustakaan Desa Bukit Kuang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :