INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Jumlah penduduk: 2500 orang



FAKTOR PEMBUKAAN KAMPUNG BUKIT KUANG

Pembukaan kampung Bukit Kuang dimulai dengan kehadiran seorang tokoh bangsawan yang datang dari Pahang untuk membuka kawasan ini atas dasar melarikan diri dari suasana huru-hara yang berlaku pada masa itu di Kuala Pahang, beliau dikenali sebagai Che Wan Teh. Beliau berhijrah ke kampung ini sekitar tahun 1700an dan telah disertai keluarga dan pengikutnya. Beliau merasakan kampung ini sesuai untuk dijadikan penempatan. Sebelum kehadiran beliau ke kampung, telah terdapat satu suku Sakai nomad di kawasan kampung ini. Beliau menetap di sini bertahun lamanya sehingga timbulah masalah di kampung ini yang dikatakan berpunca daripada ketidakjadian hasil pertanian, oleh sebab itu Che Wan Teh, telah berpindah ke satu kawasan baru yang tidak jauh dari kampung Bukit Kuang iaitu Kampung Tanjung Geliga. Kampung ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehinggalah sekitar tahun 1940an.

Pada tahun 1948, penduduk kampung Tebak dan Batu 16 telah membuka kembali kampung Bukit Kuang. Mereka dikerah mengosongkan kampung asal mereka kerana pada masa itu berlakunya keganasan pihak Komunis yang menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Mereka menyelusuri sungai akhirnya menemui kawasan yang sesuai iaitu di Kampung Bukit Kuang. Sehubungan dengan itu, Imam Masjid pada ketika itu yang bernama Tun Umar bin Tun Ibrahim bersama dengan penduduk lain telah membuka perkampungan baru yang diberi nama Kampung Bukit Kuang. Dinamai Kampung ini sebagai Bukit Kuang adalah disebabkan Burung Kuang yang mendiami bukit itu. Pertambahan penduduk digalakkan lagi apabila Masjid Lama di Kampung Bukit Kuang menjadi pusat penyampaian ilmu oleh seorang tokoh Ilmuwan agama pada masa itu iaitu Tuan Guru Abdul Rahman Limbong. Ramai penuntut ilmu telah menetap disini. Penduduk disini mula menyukai kampung Bukit Kuang apabila tanah di kampung ini subur dan sesuai untuk pertanian seperti padi dan sayur-sayuran.

Selain itu, pada tahun 1948’an juga, ada tiga orang yang juga dikatakan pengasas Kampung Bukit Kuang telah meneroka tanah bagi tujuan pertanian dan penempatan. Mereka bertiga ialah Wan Ibrahim, Habib Noh dan Mat. Wan Ibrahim yang mula membuka tanah berhampiran sungai untuk pertanian. Beliau berpendapat kawasan ini sesuai untuk pertanian dan beliau bertanggungjawab mempelawa penduduk Kampung Besut pada masa itu untuk membuka kawasan Bukit Kuang. Habib Noh pada ketika itu merupakan seorang yang berpelajaran telah memohon untuk membuka tanah dari kerajaan, Habib Noh telah membuka berekar-ekar tanah bertujuan pertanian dan juga petempatan. Antara pertanian pada masa itu ialah padi, banyak sawah padi dibuka dan diusahakan. Kesannya, ramai penduduk di luar Bukit Kuang mula berminat menetap di sini. Kesan daripada ajakan Wan Ibrahim, maka ramai yang berminat tinggal menetap di kampung Bukit Kuang dan ada di antara para nelayan telah membina petempatan mereka sendiri di tebing-tebing sungai, mereka ini datangnya dari kampung Besut. Sedikit demi sedikit masyarakat disini terus berkembang.

Seterusnya, menurut setiausaha Jawatankuasa keselamatan dan kawalan kampung, Yip Voon Toong, Kampung Bukit Kuang dibuka setelah pembukaan perlabuhan bekalan kemaman, penduduk yang menetap di tapak perlabuhan dipindahkan ke Kampung Bukit Kuang, dahulunya sebelum pembinaan perlabuhan bekalan Kemaman, di situ adanya satu kampung yang bernama Teluk Kuang, kebanyakan penduduk disitu merupakan nelayan. Setelah dipindahkan disini sekitar tahun 1970 mereka ada yang meneruskan kegiatan harian mereka seperti nelayan dan bercucuk tanam. Kawasan penduduk yang dipindahkan ini dikenali sebagai perumahan seratus. Mereka ada yang mengusahakan tanaman padi secara meluas tapi pada tahun 1980 tanah sawah padi terpaksa ditebus guna untuk dibina penempatan di sini.

Selain itu, kawasan tebing-tebing sungai kampung Bukit Kuang merupakan kawasan strategi dan berhampiran dengan laut mendorong para nelayan dari luar membina jeti-jeti di kawasan tebing sungai. Mereka telah membuka kawasan sekitar sungai untuk dibina petempatan. Kawasan penempatan para nelayan ini juga dikenali sebagai Pangkalan Cicar. Kawasan ini mula menjadi tumpuan ramai nelayan dari luar untuk membuka petempatan baru.


KESIMPULAN

Kampung Bukit Kuang adalah dibuka oleh orang yang berjiwa besar dan berani untuk membuat perubahan. Penyelidikan tentang kampung ini dijalankan atas kesedaran betapa pentingnya sejarah Kampung Bukit Kuang dibukukan. Penyelidikan terhadap kampung Bukit Kuang memberi pelbagai manfaat kepada diri sendiri, masyarakat, dan juga termasuk negara. Kampung Bukit Kuang dibuka atas beberapa aspek, antaranya kerana perpindahan penduduk, kemajuan kampung, pembukaan perlabuhan. Kehidupan manusia di dunia ini bermula dari sebuah sekelompok manusia terdiri dari beberapa keluarga yang akhirnya berkembang menjadi sebuah perkampungan. Kadang-kadang ia ditempatkan di satu-satu tempat oleh kumpulan tertentu menjadi satu perkampungan dengan kehidupan yang tersusun. Demikianlah dengan perkampungan yang telah dibincangkan di atas, sehingga ia membentuk sebuah kuantiti yang besar dan berkembang adalah hasil usaha pihak kerajaan yang berusaha memberikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat mereka. Sejarah awalnya perlu di terokai dan di tulis untuk menjadi pencerahan untuk generasi akan datang agar mereka sedar bahawa sebuah kehidupan yang segar dan berjaya hari ini sebenarnya dirintis dan diterokai oleh generasi terdahulu dengan jerit perih dan kepayahan. Sewajarnya usaha generasi terdahulu perlu disedari, dipelihara dan dimajukan agar ia tidak hilang dan tergadai kerana kesilapan kita generasi terkemudian.

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

PANTAI REKREASI TELOK KALONG

Pantai Rekreasi Telok Kalong terletak tidak jauh dari Kampung Bukit Kuang. Jarak antara Pantai Telok Kalong dari Kampung Bukit Kuang adalah kira-kira 5 kilometer. Pantai Rekreasi Telok Kalong merupakan satu destinasi riadah dan perkelahan yag sangat popular terutamanya di kalangan warga Kemaman serta pelancong. Pantainya yang bersih dan memutih mampu memukau perhatian sesiapa sahaja yang pernah hadir ke sini. Pelbagai prasarana disediakan untuk kemudahan para pengunjung seperti taman permainan kanak-kanak, gelanggang sebaguna, tandas awam, surau, tempat rehat serta tempat untuk BBQ.



Tempat Makan Yang Menarik

RESTORAN SRI KALONG KEMAMAN

Restoran Seri Kalong terletak tidak jauh dari Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Kuang. Restoran ini sangat popular di kalangan penduduk kampung mahupun masyarakat luar yang datang ke Kemaman untuk makan angin. Restoran ini terkenal dengan makanan laut seperti Sotong celup tepung, ikan bakar, kerang bakar, seafood tomyam dan sebagainya. Restoran ini beroperasi pada waktu malam sahaja.



Homestay

ADAM HOMESTAY BUKIT KUANG

Adam Homestay sesuai untuk penginapan keluarga dan berkumpulan. Rumah semi D corner lot mempunyai 4 bilik tidur (3 bilik berhawa dingin), 2 ruang tamu, 2 tandas dan ruang parking untuk 3 kereta. Kedudukan yang strategik berhampiran Bandar Chukai, Kemaman Supply Base (KSB), Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Tati University College, Ranaco. Terdapat restoran dan kedai makan berhampiran homestay. Berminat? Sesiapa yang berminat untuk menginap di ADAM Homestay Bukit Kuang, boleh hubungi pemilik homestay di talian 012-9212516 @ 019-9162516.

Kemudahan Awam
Masjid Al-Rahman Bukit Kuang
Balairaya Kos Rendah (R.A.K.R)
Perpustakaan Desa Bukit Kuang
Gelanggang Futsal
Pendidikan
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuang
Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang
Tadika KEMAS
Kisah Kejayaan
Nama : Rosmawati Binti Jusoh
Alamat : Lot 204 Jalan Senangin, Kampung Geliga 24000, Kemaman, Terengganu
No. Telefon : 019-5147185
Tahun menjadi Ahli NADI : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Puan Rosmawati Binti Jusoh merupakan usahawan wanita yang menjual barangan kesihatan daripada produk Aloevera. Beliau merupakan suri rumah sepunuh masa setelah bekeluarga untuk menumpukan sepenuhya perhatian kepada anak-anak.Kini beliau, menjalankan perniagaan online untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau memaklumkan pada asalnya beliau tidak berniat untuk menjalankan sebarang peniagaan memandangkan beliau mempuyai kekangan masa mengurusakan anak-anak yang masih kecil dan mempuyai anak kembar. Kisahnya bermula, anak kembar beliau demam, selesma dan batuk beliau cuba memberi minum madu alovera dua kali sehari pagi dan malam dan ianya ternyata berkesan. Disinilah tercetus idea untuk beliau berkongsi kebaikan produk Alovera kepada masyarakat umum di luar sana dengan berniaga secara online. Sebelum penggunaan ICT beliau hanya menggunakan facebook untuk mengenal rakan sahaja. Perniagaan online beliau juga terhad kepada rakan-rakan facebook sahaja dan kurang sambutan. Beliau juga hadir ke Pusat Internet Bukit Kuang untuk mencetak brochure Aloevera untuk diedar ke rakan-rakan sebagai salah satu langkah mempromosi produk yang dijual.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Dengan adanya kemudahan internet dan komputer di Pusat Internet Bukit Kuang, memberi banyak peluang kepada beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan dengan mempelajari mencipta facebook page dan blog sendiri untuk menerangkan dan mempromosikan produk-produk yang telah ditawarkan serta memberi perundingan secara percuma kepada pelanggan Aloevera. Dengan menghadiri kelas-kelas usahawan yang dianjurkan oleh pihak Pi1M, beliau berjaya meningkatkan perniagaan beliau dari segi bagaimana mempromosikan perniagaan beliau secara berinternet. Selain itu, beliau sentiasa mengemaskini facebook dan blog perniagaan beliau dan kini semakin hari semakin mendapat permintaan diluar jangkaan.




Nama : Mohamad Wafiq Rahimi Bin Mohamad Zaffari
Alamat : No 4243, Taman Rakyat Bistari, Bukit Kuang, 24000 Kemaman, Terengganu
Umur : 12 tahun
Tahun menjadi Ahli NADI : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Mohamad Wafiq Rahimi Bin Mohamad Zaffari merupakan seorang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang. Beliau merupakan seorang pengunjung setia Pusat Sebaran Maklumat Nasional Bukit Kuang dan menjadi ahli sejak Tahun 2017 lalu. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Bukit Kuang untuk melayari internet, mencari maklumat serta membuat kerja sekolah yang diberikan guru seperti di laman web Bestari.net. Beliau juga melayari internet di laman sosial untuk berhubung dengan kawan-kawan yang lain serta melayari youtube untuk mempelajari sesuatu yang baru.
• Hanya mengetahui komputer boleh melajari youtube dan media sosial lain
• Tidak mengetahui apakah kegunaan komputer dan internet dalam kehidupan sebagai seorang pelajar
• Tidak mengetahui internet terdapat banyak maklumat yang boleh digunakan untuk dipelajari seperti tutorial di youtube dan maklumat tambahan di Google
• Tidak mengetahui apakah aplikasi pembelajaran yang boleh digunakan dan yang disediakan dalam komputer
• Tidak tahu bagaimana untuk menaip dengan betul menggunakan keyboard

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
• Dapat mengetahui penggunakan komputer dan internet dan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam komputer untuk menyiapakan kerja sekolah.
• Dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer khususnya penggunaan Microsoft Office Word.
• Memudahkan kerja dan tidak mengambil masa yang lama kerana Pusat Internet juga turut menawarkan perkhidmatan yang lain seperti scan, mencetak dan fotokopi.
• Dapat mengetahui bagaimana menggunakan peralatan dan peranti komputer dengan betul.

Keusahawanan

Mama_Ashraff Bakery



Kak Yah Sate
Pengenalan
Sate atau satai merupakan makanan potongan-potongan daging yang ditusuk dan dibakar dengan olesan bumbu. Sate merupakan makanan popular dikalangan masyarat malaysia tidak kira bangsa.Cara penyediaanya amatlah mudah.Daging yang umum digunankan ialah daging ayam,lembu,kambing dan sebagainya.Sate juga menjadi hidangan ‘special’ pada musim perayaan bagi masyarakat melayu. Ia boleh dimakan begitu sahaja mahupun dimakan bersama nasi himpit,lontong atau ketupat

Satay merupakan perniagaan IKS yang popular diusahakan oleh masyarakat atau komuniti Kampung Bukit Kuang. Untuk mengemukakan kisah kejayaan pada kali ini, pihak Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Kuang telah berkunjung ke rumah salah seorang penduduk yang telah lama mengusahakan perniagaan IKS ini untuk menemubual dan ingin mengetahui sedikit latar belakang perniagaan beliau.

Orang yang dimaksudkan ialah Puan Sariah Binti Abdul Hamid yang berusia 38 tahun. Beliau telah berkecimpung dalam perusahaan ini hampir 7 tahun yang lalu. Menurut beliau, perusahaan ini merupakan perusahaan tradisi turun temurun yang diwarisi oleh nenek moyang sebelah ibunya. Perusahaan ini tercetus dan bermula daripada minat dan suka mencuba pelbagai menu dalam masakan. Bagi sesiapa yang pernah merasai satay beliau pasti mengulangi tempahan kerana keenakan satay dan kuahnya amat berbeza jika dibandingkan dengan pegusaha – pengusaha yang lain.

Ibu kepada 3 orang anak ini turut berkongsi pengalaman, pada mulanya perusahaan ini dilakukan secara kecil – kecilan menggunakan modal sendiri. Beliau membuka tempahan mengikut pakej dan mengikut permintaan pelanggan. Pada kebiasaannya, tempahan mengikut pakej hanya popular mengikut musim contohnya musim perayaan (satay, nasi himpit dan kuah kacang. Tempahan yang diterima hanyalah dari penduduk sekitar yang mengusahakan kedai makan, warung – warung, pasar malam dan sebagainya.

Purata dalam sehari, beliau dapat menghasilkan satay hampir 1000 batang yang turut dibantu oleh dua orang pekerja beliau. 1000 batang satay biasanya dari 10 ekor ayam dan ia bergantung kepada saiz ayam tersebut. Harga satay juga bergantung pada harga ayam semasa di pasaran. Semasa menemubual beliau, beliau memaklumkan harga sebatang satay hanyalah RM 0.50. Beliau juga memberitahu jika ada kelapangan, beliau turut membuka gerai sendiri di hadapan rumahnya pada malam minggu dan turut dibantu oleh anak mereka.

Pada mulanya, peniagaan satay yang dibuat oleh Puan Sarinah adalah secara kecil – kecilan dan promosi perniagaan beliau adalah hanya dari mulut ke mulut penduduk setempat yang memuji keenakan satay yang dihasilkan oleh beliau. Pendapatan beliau pada masa itu tidaklah besar dan hanya mampu menampung untuk membeli barangan dapur. Namun, apabila beliau mendapat flyers yang mempromosikan penggunaan internet yang sangat murah dan latihan ICT yang diberikan adalah percuma oleh Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Kuang, beliau tidak teragak – agak untuk pergi ke PI1M tersebut. Pada mulanya, beliau hanya datang dan meminta tunjuk ajar untuk membuka akaun Facebook, tetapi lama kelamaan, minat beliau untuk belajar lebih lagi tentang ICT semakin meluas. Dengan menghadirkan diri ke kelas percuma ICT yang dijalankan pada tiap – tiap bulan, beliau mendapati medan social networks amatlah luas bukan terhad untuk mencari kenalan sahaja. Hari demi hari, beliau belajar dan akhirnya membuka Facebook page untuk mempromosikan perniagaan beliau melalui internet. Selain melalui page Facebook, beliau juga mempromosikan persahaan beliau melaui blog yang dikemaskini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Selang beberapa bulan, beliau amat tidak menjangkakan bahawa perniagaan beliau mendapat tempahan yang sangat memberangsangkan lebih – lebih lagi tempahan tersebut datangnya dari orang perseorangan yang berada dari kawasan luar Kampung Bukit Kuang. Tidak kurang juga, terdapat beberapa Syarikat yang menempah satay beliau dalam kuantiti yang banyak terutamanya jika ada majlis – majlis tertentu yang dilakukan oleh mereka. Oleh yang demikian, beliau tidak menang tangan untuk menerima tempahan tersebut dan terpaksa mengambil 5 lagi pekerja untuk membantu beliau membuat satay. Satay beliau yang enak dan kepekatan kuah satay yang lazat telah menjadikan satay Puan Sariah amat terkenal dan ramai pelanggan menempah satay beliau beberapa kali.

Kini, keenakan satay beliau semakin mendapat sambutan dan beliau amat bersyukur kerana dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia, beliau tidak perlu membelanjakan duit yang banyak untuk belajar tentang ICT dan mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih meluas dan berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau pada masa akan datang.




Kak Na Rempah Bakok
Nama :Wan Mazlina Bt Wan Mohd
Sebarang tempahan boleh contact @whatsApp 013-6802613
Rempah ini diproses sendiri daripada rempah-rempah terpilih sahaja
Sesuai untuk masakan gulai@ grill
Rempah Bakok tidak sama dengan rempah-rempah lain yang berada dipasaran.
Cara penyediaanya secara tradisional (giling) tidak menggunakan mesin.