PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti terkini | 24 Mac 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bukit Kuang

Tujuan :
Program Sempena Cuti Sekolah ini diadakan bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar hadir ke Pusat Internet 1Malaysia dan melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah serta menjadikan Pusat Internet sebagai pusat ilmu disamping dapat menjalinkan silaturahim sesama ahli dan bukan ahli Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang.

• Menggalakkan pelajar ke Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang
• Menggalakkan pelajar melakukan aktiviti yang berfaedah semasa cuti persekolahan
• Memberikan kesedaran tentang penggunaan internet secara berhemah melalui slot KDB
• Menguji kepantasan serta menggalakkan persaingan yang sihat melalui aktiviti indoor dan outdoor
• Dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara ahli dan bukan ahli Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang dengan Perpustakaan Desa Bukit Kuang
• Menggalakkan Pelajar menggunakan Internet dengan bijak