HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KAMPUNG BUKIT KUANG

Aktiviti terkini | 01 Mei 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang

Tujuan :
Tujuan diadakan Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Kuang ini adalah untuk membentuk satu hubungan yang erat antara petugas PI1M dengan komuniti melalui aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sewaktu penganjuran Hari Terbuka PI1M Bukit Kuang ini. Ia juga bagi memberi ruang kepada komuniti setempat berinteraksi dan beramah mesra dengan kakitangan PI1M melalui aktiviti yang telah dirancangkan.

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan PI1M kepada komuniti khususnya penduduk setempat sekitar kawasan PI1M Kampung Bukit Kuang
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas PI1M dengan komuniti melalui aktviti dan pertandingan yang dijalankan semasa hari terbuka PI1M
• Menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti dan program yang dijalanka oleh PI1M
• Mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang terdapat di PI1M kepada komuniti
• Menambah lagi bilangan ahli berdaftar di PI1M Kg, Bukit Kuang