HARI TERBUKA KEMAMAN COMMAND CENTER (KCC)

Aktiviti terkini | 24 April 2018

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman

Tujuan :
Tujuan Hari Terbuka Kemaman Command Center adalah untuk merapatkan hubungan antara staf PI1M dengan guru dan kanak-kanak istimewa daerah Kemaman melalui pelbagai pengisian program yang bermanfaat dan sesuai untuk golongan istimewa selain memperkenalkan lagi PI1M di daerah Kemaman ini.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membina hubungan silaturahim antara Staf PI1M dalam daerah kemaman
• Menarik minat golongan kanak-kanak istimewa dalam penglibatan dengan PI1M
• Menguji kreativiti dan kemahiran berfikir kanak-kanak istimewa
• Memberi impak positif dengan kewujudan PI1M sebagai salah satu medium pembelajaran