Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Bukit Kuang bukanlah satu nama asing di daerah Kemaman, Kampung ini bermula pembukaannya sekitar tahun 1700 lagi apabila seorang bangsawan Pahang iaitu Che Wan Teh membuka kawasan Kampung Bukit Kuang bersama pengikutnya kerana melarikan diri dari huru hara yang berlaku di Pahang pada masa itu. Tapi akibat ancaman lanun pada masa itu, Che Wan Teh membuka kampung yang jauh ke Tanjung Geliga. Kampung Bukit Kuang ditinggalkan kosong sehinggalah tahun 1940an dimana datangnya penghijrah yang merupakan para petani yang ingin tanah baharu bagi pertanian yang dikerjakan secara sara hidup mahupun berupa perniagaan. Dahulunya sebelum 1940an Kampung Bukit Kuang belum lagi mempunyai penduduk, waktu itu hanyalah sekadar menempatkan satu jalan menghubungkan Kemaman dengan daerah-daerah lain.
Asal-usul nama Bukit Kuang dikatakan diambil dari nama seekor burung yang bernama Kuang, menurut pendapat lain, perkataan Kuang diambil sempena pohon mengkuang yang tumbuh meliar dideretan bukit. Golongan pertama yang berhijrah ke Bukit Kuang adalah merupakan golongan petani, pada mulanya mereka tidak menetap di Bukit Kuang, tapi sekadar datang hanya untuk bercucuk tanam, tapi lama-kelamaan mereka membuat penempatan di situ. Selepas dari penghijrahan golongan petani, maka mula timbul minat nelayan untuk membina jeti-jeti hentian pendaratan ikan di Bukit Kuang. Pada tahun 1970an berlaku sekali lagi penghijrahan beramai-beramai dari Kampung Teluk Kuang kerana Kampung itu terpaksa ditutup bagi pembinaan perlabuhan bekalan kemaman. Sehubungan dengan itu, kajian ini dihasilkan bagi mencari faktor pembukaan Kampung Bukit Kuang serta perkembangannya dari beberapa aspek seperti ekonomi.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM KELAS ASAS BERNIAGA DAN KELAS ASAS MARKETING MENGGUNAKAN APLIKASI SHOPEE
Aktiviti Terkini | 16 – 17 Disember 2022Bedah siasat produk untuk dijual...baca selanjutnya
PROGRAM SANTAI ANAK MUDA : KKM BERSAMA KOMUNITI, ANJURAN BERSAMA JABATAN PENERANGAN, KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA, JPKK KG GONG CHENGAL, SABASUN DAN PEDI KG GONG CHENGAL (KLUSTER KEMAMAN)
Aktiviti Terkini | 12 November 2022KDB : Puzzle KDB, word search, teka silang kata, bola pingpong, dam ular, perkataan tersembunyi, Pertandingan Kahoot...baca selanjutnya
PROGRAM MEMPERKASA USAHAWAN PEDI (KLUSTER KEMAMAN)
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022Booth Pameran...baca selanjutnya
KARNIVAL TERENGGANU MAJU BERKAT SEJAHTERA (TMBS) DUN KEMASIK
Aktiviti Terkini | 6 - 8 Oktober 2022Booth Usahawan : produk usahawan...baca selanjutnya
PROGRAM EXPLORACE BERSAMA KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA (KLUSTER KEMAMAN)
Aktiviti Terkini | 24 September 2022Booth Usahawan ...baca selanjutnya
TRASH TO CASH (KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA E-WASTE) (KLUSTER KEMAMAN)
Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022Penerangan secara teori dan praktik...baca selanjutnya
PROGRAM KELAS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN “SMART PHONE”
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022Program ini diadakan bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan kecil dalam mempelajari kemahiran mengambil gambar produk dengan lebih mahir dan kreatif, serta dapat membantu mereka dalam memilih prop yang bersesuaian dengan setiap produk yang mereka jual....baca selanjutnya
PROGRAM PAMERAN DAN KAUNTER BERGERAK SEMPENA PROGRAM SINGGAH SANTAI MEMBACA BERSAMA KOMUNITI KERTEH (KLUSTER KEMAMAN 2022)
Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022Perkongsian aktiviti atau program yang dijalankan di PEDi ...baca selanjutnya
KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA KEMAS KEMAMAN (KLUSTER KEMAMAN 2022)
Aktiviti Terkini | 29 – 30 Mei 2022Perkongsian Teknik Asas Fotografi...baca selanjutnya
PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1443H / 2022M
Aktiviti Terkini | 16 April 2022Sesi Taaruf antara staff PEDi bersama tetamu yang hadir...baca selanjutnya
KELAS ASAS EDIT VIDEOMENGGUNAKAN FILMORAGO DENGAN KERJASAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINJAI
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022Mempelajari jenis tangkapan kamera, penggunaan ‘story board’ & langkah-langkah penggunaan aplikasi FilmoraGo....baca selanjutnya
KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA USAHAWAN (KLUSTER KEMAMAN)
Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022Pendaftaran/ Taklimat fotografi/ Secara teori dan praktik/ Sesi fotografi/ Penyampaian sijil...baca selanjutnya
BENGKEL APLIKASI SHOPEE (CARA MEMBINA AKAUN PENJUAL) SIRI 1 2022
Aktiviti Terkini | 15 Januari 2022Ceramah kursus kelas Shopee, Pengenalan Akaun Penjual Shopee, Cara Menjual Shopee, Pengenalan PUDO Ninja Van...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya