Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Kuang bukanlah satu nama asing di daerah Kemaman, Kampung ini bermula pembukaannya sekitar tahun 1700 lagi apabila seorang bangsawan Pahang iaitu Che Wan Teh membuka kawasan Kampung Bukit Kuang bersama pengikutnya kerana melarikan diri dari huru hara yang berlaku di Pahang pada masa itu. Tapi akibat ancaman lanun pada masa itu, Che Wan Teh membuka kampung yang jauh ke Tanjung Geliga. Kampung Bukit Kuang ditinggalkan kosong sehinggalah tahun 1940an dimana datangnya penghijrah yang merupakan para petani yang ingin tanah baharu bagi pertanian yang dikerjakan secara sara hidup mahupun berupa perniagaan. Dahulunya sebelum 1940an Kampung Bukit Kuang belum lagi mempunyai penduduk, waktu itu hanyalah sekadar menempatkan satu jalan menghubungkan Kemaman dengan daerah-daerah lain.

Asal-usul nama Bukit Kuang dikatakan diambil dari nama seekor burung yang bernama Kuang, menurut pendapat lain, perkataan Kuang diambil sempena pohon mengkuang yang tumbuh meliar dideretan bukit. Golongan pertama yang berhijrah ke Bukit Kuang adalah merupakan golongan petani, pada mulanya mereka tidak menetap di Bukit Kuang, tapi sekadar datang hanya untuk bercucuk tanam, tapi lama-kelamaan mereka membuat penempatan di situ. Selepas dari penghijrahan golongan petani, maka mula timbul minat nelayan untuk membina jeti-jeti hentian pendaratan ikan di Bukit Kuang. Pada tahun 1970an berlaku sekali lagi penghijrahan beramai-beramai dari Kampung Teluk Kuang kerana Kampung itu terpaksa ditutup bagi pembinaan perlabuhan bekalan kemaman. Sehubungan dengan itu, kajian ini dihasilkan bagi mencari faktor pembukaan Kampung Bukit Kuang serta perkembangannya dari beberapa aspek seperti ekonomi.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM GOTONG- ROYONG MUHIBAH BERSAMA AHLI PI1M SERTA MASYARAKAT SEKITAR

18 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan pada 18 december 2015 disekitar Pusat Internet Bukit kuang. Aktiviti ini menjadi agenda wajib Pi1M Bukit Kuang untuk mewujudkan suasana yang ceria Disamping untuk megeratkan lagi silaturahim antara staff pi1M bersama penduduk sekitar. Selain itu aktiviti ini secara tidak lansung dapat menarik lebih ramai masyarakat menjadi ahli Pi1M. Program ini bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.


PROGRAM SEMARAK KOMUNITI 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KEMAMAN DIBANTU OLEH PI1M

21 November 2015 | Aktiviti Terkini

Program Semarak Komuniti 1 Malaysia Daerah Kemaman telah diadakan pada 21 November 2015 bertempat di Padang Astaka, Chukai, Kemaman. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul semua badan-badan kerajaan di Daerah Kemaman dengan membuka booth-booth mewakili pejabat kerajaan masing-masing. Program ini dirasmikan oleh YB Wan Abdul Hakim Bin Wan Mokhtar daripada Adun Air Putih, Kemaman. Melalui program ini, Pusat Internet 1 Malaysia dapat mempromosikan kelas ICT dak keusahawanan kepada semua lapisan masyarakat serta dapat mempromosikan keahlian di PI1M yang berhampiran kawasan masing-masing. Melalui program ini juga, ia juga dapat mengeratkan lagi silatulrahim di antara penduduk-penduduk daerah Kemaman dengan staff dari pelbagai agensi Kerajaan serta staff PI1M.


PROGRAM JALINAN MESRA PI1M BUKIT KUANG BERSAMA AHLI BERDAFTAR SAHAJA

24 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini telah diadakan pada 24 Oktober 2015 bertempat di perkarangan Balairaya Bukit Kuang. Tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai penghargaan kepada ahli PI1M yang berdaftar dari awal Pusat Internet 1 Malaysia ditubuhkan. Target utama program ini adalah pelajar sekolah kerana mereka merupakan ahli yang paling kerap datang ke PI1M. Pelbagai jenis permainan telah diadakan khas untuk ahli PI1M antaranya ialah program sukaneka dan cabutan bertuah yang ditaja oleh ibu bapa peserta yang mengambil bahagian.


PROGRAM SUKANEKA JKKK BUKIT KUANG BERSAMA PI1M BUKIT KUANG

26 September 2015 | Aktiviti Terkini

Bertujuan untuk menggalakkan penduduk kampung mengamalkan gaya hidup sihat melalui sukan yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat, JKKK Bukit kuang telah bekerjasama dengan PI1M Bukit Kuang sepakat mengadakan program sukaneka yang diadakan pada 26 September 2015. Selain dapat mengeratkan silatulrahim diantara JKKK, staff PI1M dengan penduduk kampung, PI1M Bukit Kuang juga dapat mempromosikan keahlian PI1M, kelas ICT dan kelas keusahawanan kepada penduduk Kampung Bukit Kuang


OPEN DAY/ HARI TERBUKA PI1M BUKIT KUANG ANJURAN DIGI

8 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 8 ogos 2015, DiGi telah menganjurkan Program Hari Terbuka/ Open Day di PI1M Bukit Kuang. Program ini merupakan acara wajib yang dilakukan pada setiap tahun. Pelbagai jenis aktiviti indoor dan outdoor dilakukan untuk semua lapisan masyarakat penduduk kampung Bukit Kuang. Antara aktiviti indoor yang telah dibuat adalah pertandingan mewarna bersama keluarga (tadika), online puzzle, online math coloring, fast typing dan DiGi Cybersafe. Manakala untuk aktiviti outdoor, pertandingan yang diadakan adalah pertandingan masak rending dan ketupat (wanita), musical chair (kanak-kanak dan dewasa), terompah gajah (kanak-kanak dan dewasa) dan pertandigan cucuk benang terpantas (lelaki dewasa). Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk Kampung Bukit Kuang dan mereka memberi kerjasama yang amat baik kepada pihak PI1M Bukit Kuang dan juga DiGi.


JAMUAN HARI RAYA JKKK BUKIT KUANG BERSAMA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA

31 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

-Jkkk bukit kuang bekerjasama dengan pusat internet 1 malaysia untuk mengadakan jamuan hari raya sempena hari raya aidilfitri.
-Diadakan di dewan & perkarangan balairaya jkkk bukit kuang.
-Tujuan utama adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara penduduk kampung dengan jkkk & pusat internet.
-Melalui program bersama ini, bajet yang diperlukan untuk membuat jamuan hari raya dapat dikurangkan.
-Dapat merapatkan silaturahim di antara penduduk kampung dengan pengurus & penolong pengurus pi1m.
-Dapat mempromosikan kelas ict & keusahawanan kepada golongan dewasa.
-Menggalakkan penduduk mengunjungi pi1m untuk memantapkan ilmu dalam bidang ict & keusahawanan.


PROGRAM MENGHIAS PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

30 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

-Menghias pusat internet sempena menyambut hari raya aidilfitri bersama pelajar-pelajar yang volunteer mengambil bahagian
- Mempromosikan keahlian baru kepada pelajar selepas program selesai.

-Memberi penerangan berkaitan kelas-kelas ict/ keusahawanan yang ditawarkan dan serta memberi pamphlat untuk ditunjukkan kepada ibu bapa mereka bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih terperinci tentang perhidmatan dan kelas yang ditawarkan di pusat internet.


PROGRAM CSR ANJURAN JKKK DAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KUANG BERSAMA PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

30 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Buat pertama kalinya, Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Kuang telah bekerjasama dalam melaksanakan Program CSR. Program ini telah lama dibincangkan bersama pihak JKKK Bukit Kuang dan akhirnya pada 30 Mei 2015, program ini telah berjaya dibuat dengan penglibatan bersama pelajar Kolej Komuniti. Antara intipati program CSR ini ialah membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan mengecat rumah mereka selain dapat mendidik penduduk kampung yang lain mengambil bahagian dalam program CSR ini. Semasa program ini berlangsung, pihak PI1M telah berjaya mempromosikan keahlian baru kepada pelajar dan penduduk kampung di samping menggalakkan pelajar Kolej Kominiti menghadiri kelas ICT dan kelas keusahawanan di Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Kuang.


PROGRAM GOTONG ROYONG PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KUANG

25 April 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini telah diadakan pada 25 April 2015 dan telah disertai oleh 28 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk mendidik pelajar menjadikan Pusat Internet 1 Malaysia salah satu tempat yang perlu dijaga dari sebarang sampah sarap dan sentiasa memelihara kebersihan PI1M sama ada kawasan luar mahupun di dalam PI1M sendiri. Selain gotong royong, aktiviti sampingan yang diadakan pada hari tersebut adalah cabutan bertuah.


PERTANDINGAN ONLINE PUZZLE

28 Mac 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan online puzzle telah diadakan pada 28 Mac 2015. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkenalkan internet kepada pelajar dimana mereka dapat belajar dan mengasah bakat menggunakan internet di samping dapat bermain sambil belajar. Selain itu, program ini juga diadakan bertujuan untuk mempromosikan keahlian Pusat Internet 1 Malaysia.


PROGRAM PERTANDINGAN GUBAHAN TUALA ANJURAN WANITA UMNO DIBANTU OLEH PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KUANG

24 Februari 2015 | Aktiviti Terkini

Program pertandingan gubahan tuala ini telah berlangsung pada 24 Februari 2015. Program ini telah dianjurkan oleh Wanita UMNO bahagian Kemaman dan dibantu oleh Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Kuang. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk mendidik wanita-wanita terutamanya di kalangan suri rumah yang kurang mahir dan kurang terdedah tentang internet, menggunakan internet untuk mencari idea yang kreatif dan inspirasi dalam menghasilkan gubahan tuala melalui search engines, blog-blog dan media sosial.


PERTANDINGAN MEWARNA MATEMATIK DALAM TALIAN

24 Januari 2015 | Aktiviti Terkini

- Menggalakkan pelajar-pelajar bermain sambil belajar

-Mengasah minat pelajar untuk sukakan matematik

lagi berita & aktiviti