Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Bukit Kuang bukanlah satu nama asing di daerah Kemaman, Kampung ini bermula pembukaannya sekitar tahun 1700 lagi apabila seorang bangsawan Pahang iaitu Che Wan Teh membuka kawasan Kampung Bukit Kuang bersama pengikutnya kerana melarikan diri dari huru hara yang berlaku di Pahang pada masa itu. Tapi akibat ancaman lanun pada masa itu, Che Wan Teh membuka kampung yang jauh ke Tanjung Geliga. Kampung Bukit Kuang ditinggalkan kosong sehinggalah tahun 1940an dimana datangnya penghijrah yang merupakan para petani yang ingin tanah baharu bagi pertanian yang dikerjakan secara sara hidup mahupun berupa perniagaan. Dahulunya sebelum 1940an Kampung Bukit Kuang belum lagi mempunyai penduduk, waktu itu hanyalah sekadar menempatkan satu jalan menghubungkan Kemaman dengan daerah-daerah lain.
Asal-usul nama Bukit Kuang dikatakan diambil dari nama seekor burung yang bernama Kuang, menurut pendapat lain, perkataan Kuang diambil sempena pohon mengkuang yang tumbuh meliar dideretan bukit. Golongan pertama yang berhijrah ke Bukit Kuang adalah merupakan golongan petani, pada mulanya mereka tidak menetap di Bukit Kuang, tapi sekadar datang hanya untuk bercucuk tanam, tapi lama-kelamaan mereka membuat penempatan di situ. Selepas dari penghijrahan golongan petani, maka mula timbul minat nelayan untuk membina jeti-jeti hentian pendaratan ikan di Bukit Kuang. Pada tahun 1970an berlaku sekali lagi penghijrahan beramai-beramai dari Kampung Teluk Kuang kerana Kampung itu terpaksa ditutup bagi pembinaan perlabuhan bekalan kemaman. Sehubungan dengan itu, kajian ini dihasilkan bagi mencari faktor pembukaan Kampung Bukit Kuang serta perkembangannya dari beberapa aspek seperti ekonomi.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024HEALTH & BEAUTY WORKSHOP
Aktiviti Terkini | 22 Disember 2017Program bermula pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran peserta dan juga wakil daripada pihak perunding iaitu Puan Rosmawati Binti Jusoh. Majlis dimulakan dengan taklimat asas penjagaan kesihatan serta kecantikan menggunakan produk Alovera serta kebaikan setiap jenis produk yang dibawa. Kemudian, pihak perunding melalukan demo penjagaan usus yang betul serta memaparkan produk Alovera untuk peserta....baca selanjutnya
PROGRAM OH YEAY CUTI SEKOLAH
Aktiviti Terkini | 26 November 2017Program Oh Yeah Cuti Sekolah untuk para pelajar sempena musim cuti sekolah bagi menarik minat pelajar untuk meluangkan masa dengan menyertai program yang dianjurkan Perpustakaan Bukit Kuang dengan kerjasama PI1M Bukit Kuang dapat merapatkan hubungan silaturahim antara dua organisasi, ibu bapa dan juga kanak-kanak....baca selanjutnya
JAMUAN RAMAH MESRA BERSAMA KOMUNITI & AHLI PI1M
Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2017Program Jamuan Ramah Mesra Bersama Komuniti & Serta Ahli Pi1M diadakan pada 21 Oktober bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang. Dihadiri kira-kira lebih 30 pengunjung yang terdiri daripada ahli Pi1M serta komuniti tempatan. Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk menggalakan komuniti supaya selalu berkunjung ke Pi1M menggunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin memandangkan teknologi komputer serta internet amat penting dalam sesetengah urusan seharian contoh seperti pembayaran bil bulanan,pendaftaran kemasukan anak sekolah, proses permohonan bantuan MAIDAM dan sebagainya....baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PI1M BUKIT KUANG
Aktiviti Terkini | 10 September 2017Program gotong-royong ini merupakan aktiviti kebersihan yang dijalankan di kawasan PI1M Bukit Kuang yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Aktiviti meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, pembuangan sampah sarap di kawasan sekitar dan keliling Pusat Internet serta mencabut rumput-rumput di dalam longkang oleh staff Pusat Internet bersama-sama dengan komuniti....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA KANAK TABIKA KEMAS NILAM BUKIT KUANG
Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2017Program semarak merdeka ini diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-60 yang bakal disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada 31 ogos 2017. Tujuan diadakan program ini adalah untuk memupuk semangat cintakan negara malaysia di kalangan kanak-kanak dan guru melalui pertandingan mewarna berkonsepkan kemerdekaan serta nyanyian lagu kebangsaan dan lagu kemerdekaan....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA PENGUNJUNG PI1M BUKIT KUANG
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017Sambutan ini diadakan bertujuan untuk meraikan perayaan Aidilfitri bersama komuniti dan pengunjung Bukit Kuang di samping dapat beramah mesra dan bermaaf-maafan serta dapat mengeratkan silaturrahim sesama staf dan pengunjung sambil menikmati juadah yang disediakan...baca selanjutnya
TAZKIRAH RAMADHAN & BACAAN YASSIN SEMPENA BULAN RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017Program Tazkirah Ramadha & Bacaan Yassin Sempena Ramadhan telah diadakan pada 10 Jun 2017 bertempat di Pustaka Desa Bukit Kuang pada 9.00 pagi hingga 12 tengahari. Tujuan diadakan program Tazkirah dan Bacaan Yassin ini adalah untuk mengajak dan menggalakkan komuniti untuk bersama-sama mendengar serta menghayati tazkirah di bulan Ramadan untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta mengajak kearah kebaikan....baca selanjutnya
Hari Terbuka PI1M Daerah Kemaman
Aktiviti Terkini | 05 - 20 Mei 2017Pada tarikh 5,6,13,19 & 20 May berlansungnya sebahagian karnival Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia ( Open Day ) Daerah Kemaman. Antara Pi1M yang terlibat ialah Pi1M Gong Chengal, Kemasik, Pi1M Felda Kerteh Lima (5), Pi1M Felda Cherul, Pi1M Padang Kubu & Pi1M Bukit anak Dara. ...baca selanjutnya
'Public Speaking & High Impact Presentation Training'
Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya
KELAS KECANTIKAN BERSAMA MARY KAY
Aktiviti Terkini | 08 April 2017Tujuan utama diadakan program seumpama ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan penjagaan wajah di kalangan wanita juga untuk memperkenalkan PI1M sebagai Multi-Function yang mana tidak terhad kepada perkhidmatan komputer dan internet sahaja. Seramai lebih kurang 15 orang peserta yang terdiri daripada surirumah dan pekerja kerjaan mahupun swasta telah menyertai program ini mempelajari teknik penjagaan serta asas solekan wajah menggunakan produk kecantikan Mary Kay. Program ini juga dapat menjadikan PI1M sebagai salah satu tarikan kepada komuniti setempat supaya berkunjung ke Pusat Internet di samping dapat merapatkan hubungan antara peserta dengan staff PI1M Bukit Kuang. ...baca selanjutnya
PROGRAM PERTANDINGAN GUBAHAN TUALA (TEMA : BEBAS)
Aktiviti Terkini | 28 Mac 2017Tujuan diadakan Program Pertandingan Gubahan Tuala ini adalah untuk mencungkil bakat yang terpendam di kalangan wanita. Di samping itu dapat memperkenalkan PI1M Bukit Kuang sebagai Pusat yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan komputer dan Internet malah sebagai pusat pelbagai fungsi yang mana turut mengadakan aktiviti, program serta pertandingan berbentuk ilimiah kepada komuniti setempat....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU 1 ,2 DAN 3
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2017Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Baru Kemasik dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Bukit Kuang, PI1M Binjai, dan PI1M Cherul telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Baru. Seramai 80 orang murid Tabika Kemas dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, Tayangan Video, dan aktiviti berkumpulan bersama kanak-kanak Tabika....baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017Melalui program yang telah diadakan ini dapat merapatkan hubungan antara staf Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang dengan ahli dan bukan ahli PI1M. Ia juga dapat memupuk budaya mementingkan kebersihan dalam kalangan peserta tidak kira di rumah malah di mana sahaja berada. Program gotong-royong ini meliputi kebersihan di dalam dan luar Pusat Internet seperti di ruang tetamu, di ruang komputer, di Trainig Room serta memebersihkan lantai. Di samping itu program ini dapat mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu sesama manusia dalam melakukan serta menyelesaikan sesuatu kerja bersama-sama. Program yang sentiasa diadakan di Pusat Internet 1Malaysia ini juga dapat menggalakkan kehadiran pelajar menyertai program yang diadakan di pusat internet 1malaysia bukit kuang seterusnya dapat memperkenalkan lagi kemudahan-kemudahan yang ada di Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang....baca selanjutnya