Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Kuang bukanlah satu nama asing di daerah Kemaman, Kampung ini bermula pembukaannya sekitar tahun 1700 lagi apabila seorang bangsawan Pahang iaitu Che Wan Teh membuka kawasan Kampung Bukit Kuang bersama pengikutnya kerana melarikan diri dari huru hara yang berlaku di Pahang pada masa itu. Tapi akibat ancaman lanun pada masa itu, Che Wan Teh membuka kampung yang jauh ke Tanjung Geliga. Kampung Bukit Kuang ditinggalkan kosong sehinggalah tahun 1940an dimana datangnya penghijrah yang merupakan para petani yang ingin tanah baharu bagi pertanian yang dikerjakan secara sara hidup mahupun berupa perniagaan. Dahulunya sebelum 1940an Kampung Bukit Kuang belum lagi mempunyai penduduk, waktu itu hanyalah sekadar menempatkan satu jalan menghubungkan Kemaman dengan daerah-daerah lain.

Asal-usul nama Bukit Kuang dikatakan diambil dari nama seekor burung yang bernama Kuang, menurut pendapat lain, perkataan Kuang diambil sempena pohon mengkuang yang tumbuh meliar dideretan bukit. Golongan pertama yang berhijrah ke Bukit Kuang adalah merupakan golongan petani, pada mulanya mereka tidak menetap di Bukit Kuang, tapi sekadar datang hanya untuk bercucuk tanam, tapi lama-kelamaan mereka membuat penempatan di situ. Selepas dari penghijrahan golongan petani, maka mula timbul minat nelayan untuk membina jeti-jeti hentian pendaratan ikan di Bukit Kuang. Pada tahun 1970an berlaku sekali lagi penghijrahan beramai-beramai dari Kampung Teluk Kuang kerana Kampung itu terpaksa ditutup bagi pembinaan perlabuhan bekalan kemaman. Sehubungan dengan itu, kajian ini dihasilkan bagi mencari faktor pembukaan Kampung Bukit Kuang serta perkembangannya dari beberapa aspek seperti ekonomi.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PENDIGITALAN USAHAWAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021

Program ini diadakan secara atas talian dengan dihadiri 100 peserta terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr Mahathir dan terbuka kepada semua mahasiswa UiTM Kampus Machang serta ahli PEDi Kemaman...baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Program ini diadakan secara atas talian dengan dihadiri 100 peserta terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr Mahathir dan terbuka kepada semua mahasiswa UiTM Kampus Machang serta ahli PEDi Kemaman. Dengan beberapa perisian iaitu Slot Pengenalan Kenali Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Kluster Kemaman Slot 1 : Buli Siber (Langkah-langkah menangani buli siber) Slot 2 : Permainan Dalam Talian (Tips menjadi gamer yang hebat) Slot 3 : Membeli Belah Dalam Talian (Risiko pembelian barangan dan perkhidmatan dalam talian) Kuiz KDB : Menggunakan platform Kahoot...baca selanjutnya

PROGRAM BICARA SANTAI : CABARAN PELAJAR DI MUSIM PANDEMIK

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2021

Program ini diadakan secara atas talian melalui google meet yang dihadiri seramai 33 orang pelajar 13 – 18 tahun dan juga serta Pusat Internet Komuniti Kemaman. Jemputan Khas program ini adalah Encik Mohamad Reeza Bin Abd Patah merupakan Adun Belia Negeri Terengganu dan juga Penolong Pendaftar di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI : KAFETEEN@PIK

Aktiviti Terkini | 13 September 2021

Program ini diadakan secara atas talian melalui google meet yang dihadiri seramai 49 orang remaja.Mereka merupakan ahli dan remaja Komuniti dari 12 buah Pusat Internet Komuniti kemaman. Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu, Taklimat Aplikasi MyKafeTEEN, Teen Talk – Tanggungjawab Seksualiti, dan Kuiz Interaktif melalui medium Gimkit. Program ini telah dihadiri oleh Encik Muhamad Noh bin Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Terengganu, dalam menyampaikan ucapan pesanan penutup program hari ini. Penghargaan turut diberikan atas kolaborasi yang baik melibatkan LPPKN, SKMM dan Pusat Internet Komuniti di Negeri Terengganu....baca selanjutnya

BENGKEL USAHAWAN SHOPEE : SELLER CENTRE & HANTAR PESANAN

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2021

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan “Facebook Page” Menarik Di Kemaman Idaman yang dikendalikan oleh 12 PIK Daerah Kemaman. Bengkel ini dijalankan setiap minggu jam 10.00 pagi – 11.00 pagi pada setiap hari Sabtu. Program ini di sampaikan oleh 3 PIK Kemaman pada setiap minggu. Selain itu, ianya dapat memberi galakan kepada penonton untuk sertai Program PUPUK@Shopee dengan mendaftar sebagai ahli di salah satu PIK di Kemaman untuk diberi tunjuk ajar dengan lebih mendalam....baca selanjutnya

LIVE BERSAMA USAHAWAN MAKANAN KERING

Aktiviti Terkini | 10 Julai 2021

Memperkenalkan salah seorang usahawan pik bukit kuang....baca selanjutnya

KEJAYAAN DROPSHIP PIK KG BARU KEMASIK & PIK BUKIT KUANG

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2021

Adalah memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan....baca selanjutnya

BASIC JAVA PROGRAMMING LANGUAGE BERSAMA PUSAT INTERNET KOMUNITI BUKIT KUANG

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2021

Memperkenalkan pengenalan kepada bahasa pengaturcaraan java....baca selanjutnya

TAWARAN KHAS JARINGAN PRIHATIN (ONLINE TALK) BERSAMA PIK KG BARU KEMASIK & PIK BUKIT KUANG

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2021

Memberi kefahaman kepada komuniti mengenai program jaringan prihatin...baca selanjutnya

PROGRAM IHYA RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 23 April 2021

Merapatkan hubungan antara Staf Pusat Internet Komuniti dengan komuniti setempat....baca selanjutnya

SCRATCH – MUDAHNYA BINA PERMAINAN KOMPUTER MENGGUNAKAN PENGATURCARAAN VISUAL BERSAMA JOMGEEK

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021

Memperkenalkan perisian Scratch yang digunakan untuk membina permainan komputer kepada viewers....baca selanjutnya

PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL DAN EMOSI DI MUSIM PKP

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2021

Program Penjagaan Kesihatan Mental & Emosi di Musim PKP ini adalah program perkongsian Bersama Encik Faizal mengenai penjagaan kesihatan mental dan emosi sepanjang musim pkp dan pandemic COVID-19 ini....baca selanjutnya

SLOT KEROHANIAN, AL-FATIHAH(BERTAJWID) DAN BACAAN YASIN SECARA ONLINE DI FB LIVE PIK KG. GELIGA

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2021

Program Slot Kerohanian : Al-Fatihah (Perbetulkan Tajwid) dan Bacaan Yasin ini merupakan program Bacaan Serentak secara online melalui FB Live Pusat Internet Komuniti Kg. Geliga...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti