Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Bukit Kuang bukanlah satu nama asing di daerah Kemaman, Kampung ini bermula pembukaannya sekitar tahun 1700 lagi apabila seorang bangsawan Pahang iaitu Che Wan Teh membuka kawasan Kampung Bukit Kuang bersama pengikutnya kerana melarikan diri dari huru hara yang berlaku di Pahang pada masa itu. Tapi akibat ancaman lanun pada masa itu, Che Wan Teh membuka kampung yang jauh ke Tanjung Geliga. Kampung Bukit Kuang ditinggalkan kosong sehinggalah tahun 1940an dimana datangnya penghijrah yang merupakan para petani yang ingin tanah baharu bagi pertanian yang dikerjakan secara sara hidup mahupun berupa perniagaan. Dahulunya sebelum 1940an Kampung Bukit Kuang belum lagi mempunyai penduduk, waktu itu hanyalah sekadar menempatkan satu jalan menghubungkan Kemaman dengan daerah-daerah lain.
Asal-usul nama Bukit Kuang dikatakan diambil dari nama seekor burung yang bernama Kuang, menurut pendapat lain, perkataan Kuang diambil sempena pohon mengkuang yang tumbuh meliar dideretan bukit. Golongan pertama yang berhijrah ke Bukit Kuang adalah merupakan golongan petani, pada mulanya mereka tidak menetap di Bukit Kuang, tapi sekadar datang hanya untuk bercucuk tanam, tapi lama-kelamaan mereka membuat penempatan di situ. Selepas dari penghijrahan golongan petani, maka mula timbul minat nelayan untuk membina jeti-jeti hentian pendaratan ikan di Bukit Kuang. Pada tahun 1970an berlaku sekali lagi penghijrahan beramai-beramai dari Kampung Teluk Kuang kerana Kampung itu terpaksa ditutup bagi pembinaan perlabuhan bekalan kemaman. Sehubungan dengan itu, kajian ini dihasilkan bagi mencari faktor pembukaan Kampung Bukit Kuang serta perkembangannya dari beberapa aspek seperti ekonomi.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM PEMBANGUNAN & PENDIGITALAN USAHAWAN
Aktiviti Terkini | 28 September 2024Program pendigitalan usahawan adalah inisiatif untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan tradisional menggunakan teknologi digital dalam operasi harian mereka....baca selanjutnya
KELAS KUIZ ONLINE SK - BAHASA MELAYU
Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2024Menambah minat pelajar terhadap subjek Bahasa Melayu ...baca selanjutnya
CANVA : RESUME
Aktiviti Terkini | 2 Julai 2024Komuniti Sekitar Bukit Kuang & Daerah Kemaman...baca selanjutnya
INTRODUCTION TO GMAIL & WHATSAPP BUSINESS
Aktiviti Terkini | 8 Jun 2024Tujuan kelas ini adalah untuk membantu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja secara lebih berkesan...baca selanjutnya
INTRODUCTION OF COMPUTER
Aktiviti Terkini | 27 Mei 2024Tujuan kelas ini adalah untuk memastikan para pelajar belajar tentang kemahiran komputer...baca selanjutnya
ONLINE FORM: UPU
Aktiviti Terkini | 15 April 2024Komuniti Sekitar Bukit Kuang & Daerah Kemaman...baca selanjutnya
ONLINE FORM: UPU
Aktiviti Terkini | 6 Mac 2024Tujuan peserta belajar cara mengisi borang permohonan universiti secara atas talian...baca selanjutnya
KELAS USAHAWAN ASAS SHOPEE DAN MOBILE FOTOGRAFI (KLUSTER KEMAMAN)
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2024Kelas usahawan untuk usahawan sekitar Kemaman....baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA KOMUNITI KLUSTER KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2023Penyampaian Cenderahati...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya