Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Kuang bukanlah satu nama asing di daerah Kemaman, Kampung ini bermula pembukaannya sekitar tahun 1700 lagi apabila seorang bangsawan Pahang iaitu Che Wan Teh membuka kawasan Kampung Bukit Kuang bersama pengikutnya kerana melarikan diri dari huru hara yang berlaku di Pahang pada masa itu. Tapi akibat ancaman lanun pada masa itu, Che Wan Teh membuka kampung yang jauh ke Tanjung Geliga. Kampung Bukit Kuang ditinggalkan kosong sehinggalah tahun 1940an dimana datangnya penghijrah yang merupakan para petani yang ingin tanah baharu bagi pertanian yang dikerjakan secara sara hidup mahupun berupa perniagaan. Dahulunya sebelum 1940an Kampung Bukit Kuang belum lagi mempunyai penduduk, waktu itu hanyalah sekadar menempatkan satu jalan menghubungkan Kemaman dengan daerah-daerah lain.

Asal-usul nama Bukit Kuang dikatakan diambil dari nama seekor burung yang bernama Kuang, menurut pendapat lain, perkataan Kuang diambil sempena pohon mengkuang yang tumbuh meliar dideretan bukit. Golongan pertama yang berhijrah ke Bukit Kuang adalah merupakan golongan petani, pada mulanya mereka tidak menetap di Bukit Kuang, tapi sekadar datang hanya untuk bercucuk tanam, tapi lama-kelamaan mereka membuat penempatan di situ. Selepas dari penghijrahan golongan petani, maka mula timbul minat nelayan untuk membina jeti-jeti hentian pendaratan ikan di Bukit Kuang. Pada tahun 1970an berlaku sekali lagi penghijrahan beramai-beramai dari Kampung Teluk Kuang kerana Kampung itu terpaksa ditutup bagi pembinaan perlabuhan bekalan kemaman. Sehubungan dengan itu, kajian ini dihasilkan bagi mencari faktor pembukaan Kampung Bukit Kuang serta perkembangannya dari beberapa aspek seperti ekonomi.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


SUKAN RAKYAT SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Program sukan rakyat ini diadakan bagi memastikan ianya sentiasa diingati serta masyarakat khususnya generasi muda perlu tahu mengenai sukan rakyat supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Selain itu juga, program Sukan Rakyat ini sangat penting dijalankan oleh kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung tidak mengira peringkat umur. Sekaligus, bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BANDAR BAHARU BUKIT MENTOK

Aktiviti Terkini | 09 Oktober 2019

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2019

Hari Bersama Komuniti sangat penting bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat....baca selanjutnya

KARNIVAL KEMASIK SEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 06 - 07 September 2019

Tujuan diadakan pembukaan booth ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan & produk-produk Digi Telecommunication Sdn Bhd selaku Digi Ambassadors kepada komuniti. Selain itu mengetengahkan kandungan advokasi Klik Dengan Bijak sebagai aktiviti advokasi sepanjang program tersebut.. Selain itu penjualan Sim Digi Prepaid Live juga akan dipamerkan bagi tujuan jualan sepanjang karnival tersebut dan juga hebahan mengenai pertukaran siaran Tv digital kepada pengujung yang hadir sepanjang Karnival berlangsung....baca selanjutnya

OH…MALAYSIAKU, ABAM BOMBA

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2019

Program dimulakan dengan ketibaan pelatih, pelajar dan para jemputan ke program Oh Malaysiaku..Abam Bomba bertempat di PPDK Felda Cerul dengan dimulai dengan perarakan kemerdekaan. Seterusnya ucapan perasmian oleh Puan Dasia binti Dollah, Pengerusi PPDK Felda Cerul merangkap Pengerusi GPW Felda Cerul, merangkap Pengerusi Gabungan GPW Felda Wilayah Terengganu. Program diteruskan dengan taklimat kelengkapan peralatan memadam kebakaran serta demonstrasi memadam kebakaran oleh pihak bomba, nyanyian lagi Negaraku, lagu Patriotik serta laungan merdeka. Seterusnya diteruskan dengan lagi aktivit permainan dan sukaneka serta penyampaian hadiah kepada para pemenang....baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN - KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Bengkel bermula lebih kurang jam 10.00 pagi dengan kehadiran para peserta. Di mulakan dengan kelas teori pengenalan tentang apakah itu perniagaan online serta online platform yang ada pasa masa kini. Seterusnya kelas amali menggunakan online marketing Shopee. Bengkel tamat lebih kurang jam 4.00 petang dengan sesi soal jawab serta sesi foto bersama-sama...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA KLUSTER KEMAMAN & PROGRAM MY HEALTH

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Program ini bertujuan untuk memberi taklimat mengenai program kesihatan My Health dan pemeriksaan percuma kepada pengunjung Selain itu, dapat mengeratkan lagi hubungan kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman disamping dapat beramah mesra dengan penduduk sekitar sempena jamuan hari raya....baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Tujuan program ini diadakan adalah semperna majlis bacaan yassin dan memberi sumbangan sempena bulan ramadhan. Program ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial korporat pusat internet yang terlibat terhadap komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN DAN BACAAN YAASIN

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2019

Program bermula dengan kehadiran muslimat serta penceramah jemputan ke Perpistakaan Desa Kg Bukit Kuang dan diteruskan dengan tazkirah Ramadhan oleh ustazah jemputan, Puan Halimah Binti Nik Ismail. Program diteruskan lagi dengan bacaan surah Yaasin beramai-ramai dan berakhir dengan penyampaian saguhati kepada penceramah serta pemberian goodies kepada para muslimat....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH DAERAH KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 24 April 2019

Program bermula jam 8.30 dengan kehadiran pelajar pendidikan khas sekolah Daerah Kemaman berserta guru-guru untuk pendaftaran. Seterusnya program dimulakan dengan program jom membaca kepada semua pelajar dan juga guru-guru. Program diteruskan lagi dengan taklimat Klik Dengan Bijak serta pengenalan pusat internet dan tayangan video Klik Dengan Bijak....baca selanjutnya

JOM MEMBACA SELAMA 10 MINIT

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Tujuan diadakan program jom membaca selama 10 minit dan slot ewaste adalah untuk menggalak dan memupuk pelajar tabika dan guru-guru untuk membaca buku tidak kira peringkat umur selain menerapkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak sedari kecil dan dapat memberi kesedaran mengenai kepentingan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu dapat mengetengahkan kempen kesadarang tentang bahaya penggunaan barang elektronik yang tidak diluluskan kkmm serata yang telah rosak terhadapa diri dan alam sekitar....baca selanjutnya

RIANG RIA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 23 & 24 Mac 2019

Tujuan diadakan Program Riang Ria Cuti Sekolah ini adalah untuk mengisi masa cuti pelajar di Pusat Internet Bukit Kuang dan Perpustakaan Desa Bukit Kuang menerusi penyertaan program-program dan pertandingan yang dianjurkan di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan penggunaan internet secara berhemah menerusi slot Klik Dengan Bijak serta dapat menerapkan nilai kerjasama dan saling bantu membantu dalam menyelesaikan sesuatu secara berpasukan....baca selanjutnya

Program Cuti Sekolah ICT Challenge & Match ‘N’ Match

Aktiviti Terkini | 03 Februari 2019

Program Dimulakan Dengan Pendaftaran Peserta Pertandingan ICT Challenge. Melalui Aktiviti Ini Peserta Diuji Dalam Proses Pencarian Maklumat Di Internet...baca selanjutnya

Program Khidmat Makeup Percuma

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Program Bermula Sekitar Jam 9.30 Pagi Dengan Kehadiran Peserta Dan Pengurus Dyxy Cosmetics Terengganu, Puan Nurul Wahidah. Seterusnya Program Dimulai Dengan Sesi Perkongsian Penampilan Diri Di Mana Wanita Perlu Kelihatan Cantik Tidak Kira Dari Dalam Mahupun Luaran Seterusnya Dapat Meningkatkan Tahap Keyakinan Diri Kepada Wanita. Seterusnya Puan Nurul Wahidah Menerangkan Kaedah Dan Cara Bagaimana Untuk Menggunakan Produk Dyxy Untuk Makeup Daily Yang Utama. Program Tamat Sekitar Jam 12.30 Tengahari Dengan Sedikit Jamuan Kuih Muih....baca selanjutnya

Program Advokasi Sempena Karnival Kijal Sejahtera

Aktiviti Terkini | 24 - 26 Januari 2019

Karnival Kijal Sejahtera telah diadakan di Bandar Baru Kijal bersebelahan Giant Kijal berlangsung selama 3 hari dari 24 – 26 Januari 2019. Sebanyak 9 buah pusat Internet terlibat dalam menjayakan Karnival tersebut dengan pengisian program dan aktiviti menarik di booth Pusat Internet seperti bina pyramid, teka silang kata dan word search yang menekankan kandungan Advokasi Klik Dengan Bijak kepada golongan rendah, menengah dan dewasa. Selain itu diselitkan juga kandungan e-waste iaitu kesedaran pengguna dalam menggunakan barangan elektronik khususnya telefon bimbit. Selain itu diadakan juga permainan dam ular gergasi untuk menarik minat kanak-kanak bermain permainan tradisional tersebut yang kian hilang di zaman kini. ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti