PENDIGITALAN USAHAWAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN

Aktiviti terkini |4 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Siaran Langsung di Facebook Page Jpk Tdm & Menarik Di Kemaman Idaman serta Youtube Channel JPK TDM UiTMCK

Tujuan :

• Tujuan mengadakan program Pendigitalan Usahawan Pelajar secara atas talian.
• Pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr Mahathir UiTM Kampus Machang.
• Cawangan Kelantan telah menjemput kami untuk memberi ceramah berkaitan keusahawanan.
• Ia adalah merupakan aktiviti bersama pelajar dan juga menjadi aktiviti bulanan bagi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Kemaman pada bulan Disember 2021.
• Selain itu juga, Memberi pendedahan kepada pelajar khususnya UiTM Machang Cawangan Kelantan untuk menjana pendapatan sambil belajar menerusi platform atas talian seperti Shopee dan dapat memberi pendedahan tentang bantuan kerajaan untuk usahawan pelajar seperti Geran Khas Prihatin (GKP), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan lain-lain


Butiran Aktiviti :
• Moderator : Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr Mahathir (JPKTDM
• Penceramah : Mohd Syafiq Bin Kamal (Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kemaman Command Centre (PEDi KCC)
• Slot Pengenalan : Kenali Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Kemaman
• Wheel Games : Aktiviti mencari pelajar yang berminat untuk berdaftar sebagai usahawan PEDi
• Kuiz : Menggunakan platform Kahoot


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi galakan kepada pelajar untuk berdaftar di bawah PEDi berdekatan untuk menyertai program PUPUK@Shopee.
• Menggalakkan pelajar menggunakan platform e-dagang Shopee dan platform lain untuk memulakan perniagaan secara atas talian.
• Menyambut baik program anjuran bersama agensi luar serta mengeratkan silaturrahim yang baik.
• Merialisasikan program bulanan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr Mahathir UiTM Kampus Machang, Kelantan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :