RIANG RIA CUTI SEKOLAH

Aktiviti terkini | 23 & 24 Mac 2019

Tempat Aktiviti:
23 March 2019 – Pusat Internet Bukit Kuang; 24 March 2019 – Perpustakan Desa Bukit Kuang

Tujuan :
• Tujuan diadakan Program Riang Ria Cuti Sekolah ini adalah untuk mengisi masa cuti pelajar di Pusat Internet Bukit Kuang dan Perpustakaan Desa Bukit Kuang menerusi penyertaan program-program dan pertandingan yang dianjurkan di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan penggunaan internet secara berhemah menerusi slot Klik Dengan Bijak serta dapat menerapkan nilai kerjasama dan saling bantu membantu dalam menyelesaikan sesuatu secara berpasukan.

Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat pelajar dan ibu bapa dengan mengisi masa terluang pelajar dengan hadir ke pusat internet bukit kuang dan perpustakaan desa bukit kuang untuk menyertai program sempena cuti sekolah.
• Menambah ilmu pengetahuan tentang penggunaan internet dengan cara yang betul melalui slot klik dengan bijak.
• Mengembangkan lagi kreativiti kanak-kanak melalui pertandingan kolaj dan mewarna.
• Menjadikan pusat internet bukan sahaja dalam bentuk penyediaan pekhidmatan kepada komuniti malah sebagai pusat untuk aktiviti kemasyarakatan dan pembelajaran.
• Membina hubungan baik antara petugas pusat internet dan petugas perpustakaan desa bukit kuang melalui kolaborasi aktiviti dan program bersama juga bersama peserta dan ibu bapa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :