Program Advokasi Kdb Sempena Karnival Kijal Sejahtera

Aktiviti terkini | 24 - 26 Januari 2019

Tempat Aktiviti:
Bandar Baru Kijal

Tujuan :
 Tujuan diadakan pembukaan booth ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan & produk-produk Digi Telecommunication Sdn Bhd selaku Digi Ambassadors kepada komuniti. Selain itu mengetengahkan kandungan advokasi Klik Dengan Bijak sebagai aktiviti advokasi sepanjang program tersebut.. Selain itu penjualan Sim Digi Prepaid Live juga akan dipamerkan bagi tujuan jualan sepanjang karnival tersebut berlansung.

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan Pusat Internet kepada pengunjung Karnival Kijal Sejahtera.
• Menarik minat pengunjung untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Pusat Internet dengan pengunjung gerai jualan Karnival Kijal Sejahtera.
• Mempromosikan Produk Digi yang ditawarkan oleh Pusat Internet.
• Medium advokasi Klik Dengan Bijak sinonim dengan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :