JAMUAN RAMAH MESRA BERSAMA KOMUNITI & AHLI PI1M

Aktiviti terkini | 21 Oktober 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang

Tujuan :
• Memberi penerangan secara jelas tentang fungsi penubuhan pusat internet kepada komuniti setempat bahawa pi1m ini tidak tertumpu pada perkhidmatan asas yang ditawarkan malahan aktiviti kemasyaratan pun boleh dilakukan disini.
• Mengalakan komuniti setempat supaya selalu berkunjung ke Pi1M supaya menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin memandangkan zaman sekarang dunia ict amat penting untuk mengakses apa-apa urusan terutamanya berkenaan persekolahan anak-anak dan sebagainya lagi.
• Penggunaan internet dilihat amat penting kepada golongan ibu bapa dalam pengurusan sekolah anak-anak zaman kini kerana hampir 80% pengurusan memelurkan internet untuk megakses portal serta memuat turun borang contohnya pendaftaran kemasukan pelajar baru tahun 1, Pertukaran sekolah dan sebagainya.
• Menerangkan kepada hadirin yang hadir bahawa pi1M adalah salah satu plat form pendidikan kerana ramai pengujung dikalangan pelajar yang datang untuk mendapatkan maklumat , mencari bahan untuk menyiapkan kerja kursus mereka. • Pi1M juga sebagai tempat perjumpaan antara komuniti bersama jkkk kerana mereka memerlukan perkhidmatan asas yang ditawarkan oleh pihak Pi1M seperti photocopy,printing dan sebagainya bila mana setiap kali melibatkan program seperti “program Bantuan Dana Raya & Program Bantuan Dana Baju Sekolah” yang diberikan khas oleh kerajaan Negeri Terengganu kepada penduduk Terengganu sahaja.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Mengeratkan silaturahim sesame ahli dan bukan ahli PI1M dengan staf PI1M.
• Menerapkan sikap saling bantu membantu sesame manusia.
• Menggalakkan kehadiran pelajar menyertai program yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang.
• Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pi1M.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :