PROGRAM PERTANDINGAN GUBAHAN TUALA (TEMA : BEBAS)

Aktiviti Semasa | 28 Mac 2017

Pada 28 Mac 2017 Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang Bersama Perpustakaan Desa Bukit Kuang telah menganjurkan Pertandingan Gubahan Tuala yang berlangsung pada jam 09.00 hingga 11.00 pagi. Pertandingan ini telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu.

Tujuan diadakan Program Pertandingan Gubahan Tuala ini adalah untuk mencungkil bakat yang terpendam di kalangan wanita. Di samping itu dapat memperkenalkan PI1M Bukit Kuang sebagai Pusat yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan komputer dan Internet malah sebagai pusat pelbagai fungsi yang mana turut mengadakan aktiviti, program serta pertandingan berbentuk ilimiah kepada komuniti setempat.

Melalui aktiviti Pertandingan Gubahan yang diadakan ini dapat memperkenalkan PI1M Bukit Kuang tidak terhad kepada perkhidmatan komputer dan internet sahaja. Di samping itu dapat merapatkan hubungan antara staf Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang dan Pustaka Desa Bukit Kuang untuk bekerjasama dalam menjalankan aktiviti dan program bersama dengan komuniti Bukit Kuang. Ia juga sebagai tarikan kepada komuniti untuk hadir berkunjung ke PI1M Bukit Kuang seterusnya mendapat manfaat dan kebaikan daripada penggunaan Internet dan Komputer di PI1M Bukit Kuang.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta yang hadir mengambil bahagian. Para peserta diberikan sehelai tuala yang telah disediakan oleh pihak PI1M Bukit Kuang. Peserta juga dikehendaki membawa sendiri peralatan dan perhiasan untuk gubahan tuala yang akan digunakan semasa acara berlangsung mengikut kreativiti masing-masing. Acara gubahan selesai sekitar jam 10.00 pagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bertuah. Pemenang tempat pertama dimenangi oleh Puan Jamilah Binti Omar. Pemenang tempat kedua jatuh kepada Puan Noorulazrin Suhaila Binti Nordin dan tempat ketiga jatuh kepada Puan Mardiana Binti Mohamad.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama