TAZKIRAH RAMADHAN & BACAAN YASSIN SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti terkini | 10 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Pustaka Desa Bukit Kuang

Program Tazkirah Ramadha & Bacaan Yassin Sempena Ramadhan telah diadakan pada 10 Jun 2017 bertempat di Pustaka Desa Bukit Kuang pada 9.00 pagi hingga 12 tengahari. Tujuan diadakan program Tazkirah dan Bacaan Yassin ini adalah untuk mengajak dan menggalakkan komuniti untuk bersama-sama mendengar serta menghayati tazkirah di bulan Ramadan untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta mengajak kearah kebaikan. Melalui program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara muslimat yang hadir di sampin bersama-sama dalam majlis tadarrus Al-Quran beramai-ramai.

Program dimulai dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Shukri bin Suleiman berkenaan dengan puasa Ramadhan, mendidik anak-anak berpuasa, mengajar anak-anak mernghormati bulan Ramadan, serta keberkahan di bulan Ramadan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai oleh hadirin yang hadir. Majlis tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari dengan pengagihan air yasin serta cenderahati kepada hadirin yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :