PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

Aktiviti Semasa | 22 Januari 2017

Pada 22 Januari 2017 telah diadakan Program Gotong Royong Membersihkan Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang. Program yang bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5 petang itu telah dihadiri oleh ahli dan juga bukan ahli Pusat Internet1 Malaysia Bukit Kuang. Tujuan utama diadakan program ini adalah bertujuan untuk membersihkan kawasan Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang dan kawasan sekitarnya yang juga merupakan program tahunan di PI1M Bukit Kuang. Disamping itu, program ini dapat memupuk dan menanam semangat kerjasama secara berkumpulan dalam kalangan ahli dan bukan ahli Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Kuang.

Melalui program yang telah diadakan ini dapat merapatkan hubungan antara staf Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang dengan ahli dan bukan ahli PI1M. Ia juga dapat memupuk budaya mementingkan kebersihan dalam kalangan peserta tidak kira di rumah malah di mana sahaja berada. Program gotong-royong ini meliputi kebersihan di dalam dan luar Pusat Internet seperti di ruang tetamu, di ruang komputer, di Trainig Room serta memebersihkan lantai. Di samping itu program ini dapat mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu sesama manusia dalam melakukan serta menyelesaikan sesuatu kerja bersama-sama. Program yang sentiasa diadakan di Pusat Internet 1Malaysia ini juga dapat menggalakkan kehadiran pelajar menyertai program yang diadakan di pusat internet 1malaysia bukit kuang seterusnya dapat memperkenalkan lagi kemudahan-kemudahan yang ada di Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang.

Aktiviti sokongan juga telah diadakan sejurus selesai gotong royong iaitu slot penerangan ringkas Program Klik Dengan Bijak yang menekankan kewaspadaan semasa menggunakan komputer dan Internet. Akhir sekali, sebagai tanda penghargaan para peserta gotong royong diberikan penanda buku Klik Dengan Bijak setiap seorang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama