KELAS KECANTIKAN BERSAMA MARY KAY

Aktiviti terkini | 08 April 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang

Tujuan :
Pada Sabtu, 08 April 2017 Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang telah mengadakan Program Kelas Kecantikan Bersama Mary Kay. Program telah berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang yang bertempat di PI1M Bukit Kuang, Kemaman. Tujuan utama diadakan program seumpama ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan penjagaan wajah di kalangan wanita juga untuk memperkenalkan PI1M sebagai Multi-Function yang mana tidak terhad kepada perkhidmatan komputer dan internet sahaja. Seramai lebih kurang 15 orang peserta yang terdiri daripada surirumah dan pekerja kerjaan mahupun swasta telah menyertai program ini mempelajari teknik penjagaan serta asas solekan wajah menggunakan produk kecantikan Mary Kay. Program ini juga dapat menjadikan PI1M sebagai salah satu tarikan kepada komuniti setempat supaya berkunjung ke Pusat Internet di samping dapat merapatkan hubungan antara peserta dengan staff PI1M Bukit Kuang. Di harap program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan mempromosikan lagi Pusat Internet 1Malaysia Bukit Kuang ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :