Program Pengisian Dan Kemaskini Borang Zakat Maidam Negeri Terengganu Bersama Pengunjung PI1M Kg. Bukit Kuang

Aktiviti Semasa | 23 - 30 September 2016

Pengisian Borang zakat Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) Negeri Terengganu secara talian baru sahaja diperkenalkan bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan agihan Zakat dan Bantuan yang diuruskan oleh MAIDAM. Oleh itu, pihak Pi1M Bukit Kuang mencadangkan untuk memberi inisiatif kemudahan untuk mendapatkan akses internet bagi penduduk kampung yang ingin melakukan pengisian dan kemaskini borang Zakat Maidam Negeri Terengganu dengan memberikan tunjuk ajar bagi membuat pengisian dan cara melayari laman web yang betul.

Program pengisian dan kemaskini borang Zakat Maidam Negeri Terengganu telah bermula 23 September 2016 sehingga 30 September 2016. Tujuan program ini dilakukuan sebagai mendedahkan penduduk tentang kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia untuk pengisian borang dana melalui talian atau kegunaan lain dengan menggunakan internet. Selain itu, mengajar penduduk kampung cara-cara pengisian borang secara talian terutama kepada mereka yang tidak pernah menggunakan komputer (warga emas). Akhir sekali, memberi pendedahan kepada penduduk kampung tentang mudahnya menggunakan komputer dan internet dalam urusan harian terutama borang permohonan secara dalam talian yang perlu di isi dan dikemaskini oleh mereka.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti ini dijalankan:











Kembali ke halaman utama