Majlis Doa Selamat Dan Bacaan Yassin Serta Pembahagian Bantuan Kepada Mangsa Ribut Petir

Jumaat - Sabtu | 12 - 13 Ogos 2016

Program bacaan Yassin serta doa selamat diadakan berikutan musibah yang melanda Pi1M serta penduduk kawasan sekitar yang majoritinya mengalami kerosakan bumbung rumah tercabut tidak terkecuali bangunan Pi1M. Menurut statistik bancian daripada pihak jkkk dianggarkan 149 rumah mengalami kerosakan atap. Difahamkan kawasan Bukit Kuang paling teruk terjejas dalam insiden pada kira-kira jam 5 petang itu apabila sekolah rendah,sekolah menengah,dewan sivik serta balairaya ( Bangunan Pi1M ) mengalami kerosakan atap. Ketika ditemuramah oleh pihak media, seorang mangsa menceritakan detik-detik cemas melihat satu pusaran angin datang kuat datang secara tiba-tiba.

Insiden ini mendapat perhatian daripada pihak berwajib apabila wakil parlimen kemaman,Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Adun (Dun Kijal) sudi turun padang melihat keadaan sebenar dan menghulur sedikat bantuan seperti atap serta kit bantuan makanan. Penyaluran bantuan atap dan kerja-kerja baik pulih rumah terjejas diselaraskan oleh Pejabat Daerah Kemaman dan bantuan segera turut diberikan Pejabat Dun kijal dan Pejabat Parlimen Kemaman. Sementara itu Bangunan Pi1M menjadi tumpuan orang ramai memandangkan semua bentuk bantuan serta proses pendaftaran mangsa keadaan dilakukan di Pi1M.

Tujuan program ini dilakukuan sebagai tanda terima kasih serta memanjatkan rasa syukur pada ilahi kerana tiada kemalangan jiwa hanya sekadar kerosakan harta benda sahaja. Program ini melibatkan semua orang kampung serta ahli-ahli qariah masjid. Secara tidak lansung program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara komuniti dengan staff Pi1M dalam mendoakan kesejahteraan serta keselamatan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti ini dijalankan:

















Kembali ke halaman utama