PROGRAM PENGISIAN BORANG DANA ONLINE NEGERI TERENGGANU iDANATTB BERSAMA PELANGGAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KUANG

15 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini telah diadakan bermula 15 Mac 2016 bersempena pembukaan untuk penduduk negeri Terengganu mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memudahkan penduduk kampung mengisi borang secara dalam talian memandangkan permohonan ini hanya boleh di isi melalui dengan satu cara sahaja (online). Menerusi program ini, kami telah bekerjasama dengan JKKK untuk menjemput penduduk Kampung Bukit Kuang supaya datang ke Pusat Internet untuk mengisi borang. Individu yang telah mahir menggunakan komputer akan mengisi sendiri borang tersebut manakala mereka yang tidak pernah atau kurang mahir menggunakan komputer akan dibimbing oleh dua orang staff Pusat Internet dari awal sampai akhir. Menerusi program ini, secara tidak langsung dapat mendedahkan penduduk kampung kepada komputer dan kegunaan seharian internet selain mengisi borang dalam talian. Selain itu, dengan kehadiran penduduk kampung yang tidak putus-putus untuk mengisi borang, secara tidak langsung Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Kuang dapat mempromosikan keahlian Pusat Internet, Kelas ICT, Kelas Keusahawanan dan program-program bulanan yang akan diadakan setiap bulan.