PROGRAM HARI DECO-DECO RAYA 2016 BERSAMA AHLI PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (Pi1M)

25 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Hari Deco-deco Raya adalah program yang sentiasa diadakan bagi setiap tahun di Pi1M yang bertujuan untuk mewujudkan mood suasana hari raya sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Program ini diadakan pada 25 Jun 2016 yang berlangsung daripada pukul 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Melibatkan seramai 10 orang peserta yang merupakan ahli Pi1M. Antara kebaikan-kebaikan bagi program ini adalah dapat mengasah bakat kreatif yang terpendam oleh ahli Pi1M, mewujudkan suasana ceria di dalam Pi1M serta dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara ahli-ahli Pi1M dan sikap saling bantu- membantu sesama sendiri. Selain itu, diakhir program, pembahagian goodies diberikan kepada peserta-peserta yang terlibat bagi memberi sedikit cenderahati dan kenangan kepada peserta.