KURSUS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI
Aktiviti terkini | 17 November 2018Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Bukit Kuang
Tujuan :
• Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kluster Daerah Kemaman berdasarkan permintaan yang tinggi dalam kalangan komuniti di Kampung Bukit Kuang berdasarkan hasil kaji selidik yang telah dijalankan bersama ketua wanita. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan roti dan pastri kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita di sini yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga. Ia juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada golongan wanita.
Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas Pusat Internet dengan komuniti melalui program ilmiah yang diadakan di Pusat Internet.
• Mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet kepada komuniti.
• Memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet.
• Mempromosikan program Komuniti Pintar dengan kerjasama Pusat Internet Daerah Kemaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :